Zalim dunia sekarang
Tidak sekali membenarku bebas
Bebas dari durjana
Hasutan dan kehinaan
Mengapa harus kita lalui
Ranjau kehidupan yang tidak
Menjaminkan kejayaan
Kehidupan yang sentiasa membawa
kita kepada kesengsaraan

Tapi
Ku cari dan kini ku fahami mengapa
Ini hanyalah lumrah duniawi
Aku tabah
Dan aku nekad
Aku akan menjalani hidup ini
Sebagaimana yang aku mahu
Sebagaimana yang aku impikan
Akan aku hidup hingga
Datang waktunya
Akan aku tatapi cabaran
Dengan tabah
Akan aku memenuhi kehidupan
Dengan kebahagian
Mahupun jika hidupku dilanda
Kegelapan
Kerna aku tahu
Sang Suria akan hadir
Menyinarinya sekali lagi
Semoga dapat ku meneruskan hidupku
Walaupun ku dilanda kesusahan
Kerna ku tahu ini hanyalah
Lumrah Duniawi
(Aku rasa ini interpretasi melayu aku pada Imperfection)



Melambai-lambai di tanjung sana
Bilakah nanti berjumpa lagi
Jika ada yang bijaksana
Apa itu bernama ragi


Lima kawan menjadi pahlawan
Menjanji kesetiaan kepada Raja
Tidak baik kita berlawan
Berjabat tangan,selesai semuanya
(Peace,No War)


Tuai padi antara masa
Esok jangan dilayu-layuan
Baik jangan tunggu lama
Nanti kesal di hari kemudian
(Belajar ah sume....promos and A's coming)


Entah la...aku pun tak tahu kenapa aku semangat melayu hari ini....Aku rasa aku rindu kelas melayu....melayu ni bahasa ibunda yang terindah sekali....pada pendapat aku la...entah pulak pada orang lain...Hidup melayu



Hanim