Malay jokes...confirm ketawa terbahak-bahak

Di bawa ni ada tips2 untuk elak malu.

1. kalau tersepak batu
Jangan terus bangun,sebaliknye anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalau terjatuh beskal
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalau terjatuh tangga
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalau terjatuh dlm longkang
pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat,pasti org menyangka anda seorgyg amat prihatin terhadap kebersihan...

5. kalau jatuh ketika nak naik bas
jeritlah kuat2.."oi!apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda...

6. kalau terjatuh di dpn bus stop
Terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula...

7. kalau jatuh tergelincir kt lantai licin
tarikla kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama- sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak??

...........................................................................................


Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:

1. Harap besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
2. pandai membaiki kereta, namakan Karman
3. average dalam golf, Parman
4. pandai dlm penulisan, Suratman
5. gagah perkasa, Suparman
6. boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
7. selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
8. pandai buat kuih, Paiman
9. pakar jualan, Salman
10. supaya cepat naik pangkat, Yasman
11. Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
12. Suka bagi orang susah-SUKARMAN
23. Kalau yang kuat berlawan - Ultraman

...............................................................................................

Bengang dengan roommate kau? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

-Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah skrg"

-Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

-Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak"

- Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi"...

-Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

-Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

-Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

-Kata kat roommate kau "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

-Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

- Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

-Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

-Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

-Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

Hanim