I am very proud to say I can still write and think academically in Malay...hahaha
Here's a copy of my review on this one book called Tawassul
Perkara mengenai kenabian Rasulullah dan hidup-wafatnya adalah salah satu topik yang agak sensitif sekali dalam masyarakat Islam. Ini dapat kami lihat seketika dahulu apabila kartun berdasarkan Rasulullah telah disebarkan di sebuah terbitan Denmark. Suasana menjadi gembar-gembur kerana ia ibaratkan suatu penghinaan bagi ramai masyarakat Islam sedunia. Walaupun pendekatan yang diambil Isa Kamari dalam buku ini jauh sekali tidak sejajar dengan peristiwa kartun itu, temanya yang berdasarkan sejarah Islam terutama sekali kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w menjadi satu tanda soal pada peringkat awal pembacaan.
Yang utama sekali menjadi tanda soal ialah unsur-unsur anakronisme yang terkandung di dalam jalan cerita ini. Walaupun cerita ini berdasarkan perkembangan kaum Imorot dari kaum primitif hingga ke kaum beragama yang terpimpin dan akhirnya kaum yang agak militan, ia sangat bersangkut-paut dengan kisah-kisah Rasulullah sebelum dan semasa kenabiannya. Hira, imbasan Rasulullah atas kaedah pengklonan, menjalani peristiwa yang begitu samar dengan peristiwa Rasulullah. Oleh kerana ini, yang kerap muncul di minda ialah apakah maksud atas perulangan sejarah ini? Juga kerap difikirkan ialah bukankah ini topik yang agak “taboo” atau pantang - menghidupkan Nabi yang telah wafat? Yang tentu sekali, kesangsian yang timbul dalam benak fikiran saya begitu sejajar dengan pergolakkan fikiran yang dialami Hasyr dan Syan, dua watak utama dalam jalan cerita ini. Ia seolah-olah disengajakan supaya pembaca mengalami perasan dan pergolakkan yang sama bersama watak cerita dan bukan hanya sebagai penerima pasif.
Tetapi disebalik kesangsian ini, tidak dapat dinafikan bahawa buku ini juga menarik perhatian kerana unsurnya yang berpadukan misteri dan mistik. Hingga sekarang, tidak dapat saya pastikan jika keindahan dan wujudnya lembah Tuwau dalam cerita ini adalah benar, permainan fikiran ataupun suatu lembah yang ibaratkan bumi orang Bunian. Lantas, yang menjadikan persoalan seterusnya ialah adakah si penulis inginkan kami melihat lembah Tuwau itu sebagai sebuah tempat yang benar dan nyata ataupun ia simbolik untuk sebuah makna yang lebih mendalam lagi? Apa jua jawapannya, yang pasti ialah lembah Tuwau itu mencerminkan dunia sebelum penyebaran Islam hingga ke dunia yang sediakala sekarang. Manakala beberapa rujukan ringkas kepada Menara Kembar dan persiapan orang Imorot untuk berperang juga mengingatkan kita kembali ke kejadian September 11 dan terrorisme yang berlarutan sekarang.
Walaupun penggunaan perkataannya agak senang dan susunan jalan cerita yang selari, agak payah untuk menginterpretasikan kesimpulannya buku ini. Hanya yang dapat saya huraikan dari cerita ini ialah, ia merupakan cerita simbolik berlandaskan apa yang sedang berlaku sekarang, pasca september 11. Pada saya, pengklonan Nabi dan perulangan sejarahnya mungkin ibaratkan fikiran yang tidak terlepas dari cengkaman sejarah. Akan tetapi, saya tetap akur pendalaman makna buku ini agak susah tetapi kelainannya dari tema-tema buku yang lain membuatnya sebuah buku yang padat dan mengasyikkan.
Ignore the conclusion...I might drastically change it tomorrow... abit too tired to think coherently now... and Ok la I'm sure a few of the sentences is pretty kekok...but you have to admit...I'm still good!!!! Hahaha...
But of course there is that little help from this thing called online english-malay dictionary. Hahaha....Not that much though, just to translate words which the website most of time sucks... I asked for the translation of poster...they give me the word PANTAT..which is the translation for posterior...Posterior wak lu.
Inilah bakal seorang guru...
*mengelengkan kepala*
Hanim