
Siti/Rohani/Hanim ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman-teman dan sesiapa pun yang masih membaca lelaman ini. Harap dapat dimaafkan segala kesilapan dan terkasar bahasa, sengaja atau tidak. Buat teman lama, harap dengan hadirnya Syawal ini, dapat kita bertemu lagi dan bagi teman yang baru, tidak sabar rasanya mahu beraya bersama. Siti/Rohani/Hanim berharap juga semoga ibadah kami buat sebulan yang lepas ini dapat menerima berkah dan semoga dipanjangkan umur kami semua untuk menyambutnya lagi tahun depan.
Sebelum itu, yok, kita raya dulu!
Hanim